* NOVEL ILUSI SEBUAH CINTA - SOLD OUT!!!
* NOVEL CERITERA RINDU - SOLD OUT!!!
Novel JANGAN ADA BENCI penulis ANA WENTA - RM15.00
SINOPSIS:
Di saat hati terasa akan kehilanganmu… aku ibarat jam yang patah jarumnya. Hilang arah, hilang punca dalam menentukan waktu, masa seakan panjang tanpamu… malam pula begitu sunyi kurasakan seolah-olah tiadanya siang. Hati diselubung awan nan lara lantaran hasrat tak kesampaian, lalu kututup hati ini buat insan yang bernama wanita.Aku sebenarnya seorang insan yang lemah dalam menghadapi erti sebuah kehilangan.
Tatkala kau hadir dalam hidupku… aku seboleh mengkin cuba mengusir rasa itu pergi, saat rasa mula merajai hati… aku yang menanggung rasa itu. Tak kusangka mimpi kita serupa bilamana Tuhan satukan kita dengan ikatan suci untuk kali ini, kau takkan ku lepaskan lagi.
HARGA ASAL : RM20.90
@~@~@~@~@~@~@~@~
Novel CINTA DIHATI penulis NORRAFISHAH MOHD HASSAN - RM17.00
SINOPSIS:
Merajuk dengan ayah sendiri, merajuk dengan gadis yang dicintai, Nasrhran nekad membawa hati. Di tempat orang, dia membina semangat baru dan belajar mengenali diri. Lebih daripada itu, dia menemui sebuah cinta baru. Pleurotus sajor-caju.
Tetapi bahagia sebenar yang diimpikan masih jauh daripada genggaman tangan. Lalu,di manakah hendak dicari bahagia itu? Atau masihkah dia terlepas pandang pada kasih yang ada di hadapan mata?
HARGA ASAL : RM22.90
@~@~@~@~@~@~@~@~
Novel ILUSI SEBUAH CINTA penulis DYA ELORA - RM25.00
SINOPSIS:
Cinta… hadirnya membawa seribu kenangan yang tak mampu dilupakan… perginya mengguris sekeping hati yang mendambakan ketulusan kasih dan kepercayaan. Aqel Suleiman setulus namanya, cintanya hadir bersulamkan cacian, perginya merantau merubah kehidupan dan mencari sinar kebahagiaan…
Akhirnya dia kembali mengubah status dan pandangan.Namun takdir terus mempermainkannya, sekali lagi hatinya dikecewakan oleh gadis yang setia menanti untuk disatukan setelah dia cukup bersedia berdepan dengan kenyataan menerima gadis yang bukan pujaan. Adakah pangkat, rupa dan status menjadi ukuran dalam mencari cinta yang abadi?Kehadiran Halimatun membawa sinar kebahagiaan dalam hidupnya…Mampukah cinta yang bersulam pendustaan dilestarikan…
HARGA ASAL : RM30.90
@~@~@~@~@~@~@~@~
Novel AKU, DIA & CINTA penulis Hafirda Afiela & Rehal Nuharis - RM15.00
SINOPSIS:
Antara mereka ada kenangan yang tersimpan. Mereka sering bersama dan sering bersaing antara satu sama lain. Namun, hanya kerana satu perkara, mereka hilang kenangan. Tisya, gadis selamba yang meminati bidang muzik. Impianya mahu membuktikan yang muzik juga punya masa depan. Namun tanpa diduga keakraban itu telah memberikan rasa yang dia sendiri belum sedia merasainya. Ada yang menghilang dan ada yang menyokong. Adakah lagu cinta terus berkumandang?
Razen pemuda yang langsung tidak mempercayai istilah cinta pandang pertama, tetap setia menanti gadis yang sememangnya telah tersimpan kemas di lubuk hatinya. Apakah dia harus menanti di dia yang entah di mana bayangan atau menerima kenyataan yang dia sememangnya telah terkena panahan cinta pandang pertama? Inilah kisah aku, dia dan cinta.
HARGA ASAL : RM20.90
@~@~@~@~@~@~@~@~
Novel Rahsia Rindu Nan Indah penulis Cempaka Meerniz - RM15.00
SINOPSIS:
Bayu terpaksa bergelumang dengan perasaannya setelah hatinya ditakluki oleh dua hati. Ameer, tunangnya, telah lama terlekat dalam hatinya tetapi cintanya mula goyah apabila Shaza menjelma dalam hidupnya. Perhubungan yang termeterai, membuatkan Bayu lupa bahawa dia adalah tunangan orang. Namun, cinta yang terpahat untuk Shaza sukar untuk disingkirkan. Akhirnya Bayu tersungkur dalam dakapan cinta Shaza.
Bayu pasrah dalam permainan cintanya tetapi sejauh mana dia berjaya menikmati permainan cinta itu apabila hati tahu dia harus setia demi Ameer.Bayu keliru anatara Shaza dan Ameer, namun takdir tertulis hanya satu lelaki yang tercipta untuknya. Antara Shaza dan Ameer, siapakah lelaki itu?
Harga Asal : RM20.90
@~@~@~@~@~@~@~
Novel CERITERA RINDU penulis LEEYA MYRA - RM15.00
SINOPSIS:
Imanina membesar tidak seperti orang lain bila papa dan mamanya meninggaldunia dalam satu kemalangan yang tragis. ‘Seseorang’ yang dikenali telahmenyebabkan kematian itu. Sejak itu dia berazam mahu membalas dendam. Traumarasa kehilangan menyebabkan Imanina lebih suka menyendiri. Tapi, kemunculanAmin telah mengubat kesepiannya. Bagaimanapun sekeping gambar telah merungkaisejarah hitam yang merantai hidupnya selama ini. Dia dikejutkan hubungan Amindengan ‘seseorang’ yang menyebabkan kematian ibubapanya 13 tahun dahulu.Perasaan sayang bertukar benci.
Namun, Imanina bertindak menerima lamaranAmin. Sebagai isteri, lebih mudah baginya menghancurkan hidup suaminya. Aminyang dapat tahu angkara Imanina lantas pergi membawa diri. Sejak itu, Imaninarasa hidupnya sunyi dan kosong. Sikap Amin yang membisu menyeksa dirinya yangnanar bagai mengejar bayang-bayang. Dia ingin memohon kemaafan, tapi masihadakah ruang di hasti Amin buatnya?
HARGA ASAL : RM19.90
No comments:
Post a Comment